Program Bicara Tokoh Pemikir UMK

PEMIKIR telah mengadakan program Siri Bicara Tokoh /Virtual Distinguished Leaders Lecture Series dengan menjemput tokoh terkemuka yang terdiri daripada pemimpin dan penyelidik pada peringkat lokal dan global bagi membicarakan isu semasa yang berkaitan kepimpinan ke arah perpaduan dan kesejahteraan insan.

Program ini diperkenalkan untuk berkongsi kepakaran ilmiah dan kepimpinan dalam bidang kepakaran masing-masing, dan memberi peluang penglibatan para cendikiawan dalam memaksimumkan penghayatan nilai murni dan pemikiran berstrategi selaras dengan hasrat negara dan keamanan sejagat.

Ia juga menyediakan medium perkongsian pemikiran dalam suasana yang menyeronokkan di samping menjadi medan stimulasi intelektual yang boleh menyumbang kepada keamanan, kelestarian masa hadapan,ruang inklusif bagi melahirkan masyarakat berfikiran global.

Untuk maklumat lanjut berkaitan program ini, sila klik laporan di bawah.

Laporan Eksekutif 2021

Laporan Program 2021